Sila Hubungi Kami
Vendor RPH365
Penerangan mengenai Vendor
Apakah fungsi Vendor?
Vendor merupakan penyedia utama bahan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) kepada sistem RPH365.
Siapakah Vendor rasmi RPH365?
Cikgu Gorgeus Sdn Bhd merupakan Vendor rasmi bagi sistem RPH365.
Bagaimana harga jualan subjek RPH ditetapkan?
Harga jualan bagi setiap subjek RPH ditetapkan oleh pihak Vendor Cikgu Gorgeus Sdn Bhd.
Ada persoalan mengenai RPH?
Anda boleh menghubungi pihak kami ataupun Cikgu Gorgeus sekiranya ada persoalan mengenai RPH subjek. Persoalan mengenai sistem pula sila hubungi kami secara terus.
RPH subjek yang terdapat dalam sistem RPh365
Kami mempunyai hampir kesemua subjek RPH bagi sekolah rendah dan sekolah menengah (SK, SJK dan SMK).
Adakah RPH yang dibeli dapat dikongsi kepada orang lain?
Subjek RPH dan RPH lengkap hanya untuk kegunaan pengguna sendiri sahaja. Tidak dibenarkan untuk dikongsi dalam bentuk apa cara sekalipun.
Apakah kelebihan RPH yang digunakan dalam sistem RPH365?
RPH kami sentiasa dikemaskini dan selaras dengan kehendak KPM. Lengkap dengan aktiviti KBAT dan PAK21. Mempunyai pendekatan bertema. Berdasarkan DSKP dan buku teks terkini. Mengikut elemen dalam modul 3 TS25.
Bolehkan pengguna membeli RPH secara berasingan?
Pengguna boleh membeli RPH sekolah rendah dan sekolah menengah secara terus dengan pihak Cikgu Gorgeus Sdn Bhd. Untuk menggunakan RPH yang dibeli di dalam sistem RPH365, anda hanya perlu memuatnaik resit yang sah.